Pengetahuan Mengenai Penyakit Gout

Gout adalah penyakit yang sering dihidapi kebnyakannya oleh kaum lelaki dan perempuan yang sudah putus haid atau menopause juga berisiko menmdapat penyakit gout ini tetapi risikonya tidaklah sebesar kaum lelaki.

Tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan penyakit gout mungkin menyerang anda adalah anda mungkin terasa sakit pada sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki.Apabila disentuh sendi itu akan sakit dan di ikuti oleh demam yang menggigil akibat kesakitan yang teruk.

Read the rest of this entry »

Mulut Berbau

Adakah anda pernah menghadapi masalah mulut berbau? Pasti ramai yang berasa kurang selesa apabila mulut kita berbau ataupun orang yang terdekat dengan kita menghadapi masalah ini.Memang memalukan terutama apabila kita berbual dengan seseorang dan kemudian dia cuba berpaling dari kita kerana tidak tahan bau mulut kita yang berbau.Sekiranya anda kurang tahu bahawa mulut anda berbau atau tidak cuba buat cara ini semburkanlah nafas anda ke tapak tangan yang menghadap ke hidung anda dan jika nafas anda berbau anda akan dapat menghidunya.Cara kedua semburkan nafas anda ke anak kecil selepas itu tanya mereka samada berbau atau tidak selalunya anak-anak yang kecil ini tidak menipu dan jujur bila berkata.

 

Read the rest of this entry »

Sakit Belakang

Adakah anda pernah mengalami keadaan ini.Sakit di bahagian belakang pasti ramai yang pernah mengalaminya terutama bagi kaum hawa ibu khususnya yang sering melakukan kerja-kerja rumah.Walaupun kita tahu sakit belakang adalah perkara yang tidaklah serius tetapi anda perlu juga berhati-hati akan penyebab masalah ini.Jika tidak diberi perhatian mungkin akan mendatangkan akibat buruk pada anda nanti.

Read the rest of this entry »

Masalah Keputihan di kalangan wanita

Seperti yang kita tahu setiap wanita pasti mengalami keputihan dan  itu adalah perkara normal bagi seorang wanita jika mengalami keputihan kerana seperti organ lain seperti mulut yang sentiasa basah dengan air liur serta mata yang dibasahi air mata begitu juga bahagian dalam vagina yang selalu basah oleh lendir yang dihasilkan oleh kelenjar dalam rahim.
Dalam keadaan normal atau biasa selalunya vagina akan mengeluarkan cecair yang berlendir berwarna putih dan tidak akan berbau.Ia juga dipanggil fisiologi dan lendir ini mengandungi banyak epitel dan sedikit leukosit (sel darah putih).Jangan risau apabila keputihan bertukar menjadi kekuningan kerana lendir yang keluar apabila teroksida oleh udara akan bertukar menjadi warna kuning apabila terlekat di seluar dalam.Ia adalah normal.

Read the rest of this entry »

Buasir harus dielakkan.

Buasir adalah satu penyakit yang amat digeruni setiap orang kerana kesakitannya yang boleh mengakibatkan kesukaran membuang air besar.Pada sesiapa yang selalu mengalami sembelit berkemungkinan risiko terjadinya buasir adalah besar.Buasir ini terjadi apabila saluran darah venus yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur.Di bahagian dinding dubur terdapat kusyen yang membantu menutup dubur dan memudahkan pengeluaran najis.
Tetapi apabila seseorang itu sering sembelit dan proses meneran akan mengakibatkan kusyen yang melindungi dubur tadi bengkak dan beralih asalnya ini menyebabkan kedudukannya terkeluar dari dubur ketika proses buang air besar dan berlaku pendarahan kerana tisu haemorrhoid yang mengandungi banyak bekalan darah ini tercalar.

Read the rest of this entry »

Angin dalam tubuh badan

Angin yang terdapat di dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.

Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat  di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.

Read the rest of this entry »