Batuk bukan penyakit serius tapi AWAS …!

Batuk biasanya akan berlaku apabila seseorang itu menghidap selsema dan demam dan sebenarnya penyakit batuk ini tidaklah serius dan dalam masa seminggu ia akan hilang juga bersama demam dan selsema.Namun dalam jangka masa seminggu itu sesiapa sahaja yang menghidapnya akan sibuk mencari ubat batuk bagi melegakan kesakitan yang dihidapi.
Batuk sebenarnya  adalah tindak balas normal yang baik untuk kita kerana tindak balas yang dikenali sebagai tindak balas refleks ini berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan bahan yang menganggu tekak.Batuk terdiri daripada dua jenis iaitu batuk yang berkahak dan batuk yangtidak berkahak.

 

Read the rest of this entry »

Buasir harus dielakkan.

Buasir adalah satu penyakit yang amat digeruni setiap orang kerana kesakitannya yang boleh mengakibatkan kesukaran membuang air besar.Pada sesiapa yang selalu mengalami sembelit berkemungkinan risiko terjadinya buasir adalah besar.Buasir ini terjadi apabila saluran darah venus yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur.Di bahagian dinding dubur terdapat kusyen yang membantu menutup dubur dan memudahkan pengeluaran najis.
Tetapi apabila seseorang itu sering sembelit dan proses meneran akan mengakibatkan kusyen yang melindungi dubur tadi bengkak dan beralih asalnya ini menyebabkan kedudukannya terkeluar dari dubur ketika proses buang air besar dan berlaku pendarahan kerana tisu haemorrhoid yang mengandungi banyak bekalan darah ini tercalar.

 

Read the rest of this entry »

ALAHAN HIDUNG (ALLERGIC RHINITIS)

Adakah anda sering bersin atau merasa gatal di bahagian hidung ?Dimana sahaja anda berada masalah ini sering terjadi terutama apabila anda berada di tempat yang dikelilingi bahan-bahan yang membuatkan anda cepat mengalami alahan seperti debu,bauan,bulu kucing atau sebagainya.Jika masalah ini sering anda alami ini mungkin tanda anda sedang menghidap alahan hidung.

 

Read the rest of this entry »

Merawat Selsema dirumah cara terbaik

Pengubatan sendiri selsema di rumah seperti berehat  serta bersikap penyabar ternyata merupakan cara terbaik untuk mengubati penyakit selsema.Hidung yang tersumbat dan batuk paling baik diubati dengan cara pernafasan iaitu sebelum tidur untuk membantu istirehat anda di malam hari selain itu aromaterapi seperti camomile atau minyak kayu putih perlulah dihidu untuk melancarkan pernafasan kerana minyak dan wangian itu akan dapat mengeringkan selaput lendir dalam hidung.

Selain itu mengurut dada dengan ubat gosok seperti ‘eucalyptus ointment’juga dapat membantu bernafas dengan mudah,ketika tubuh diserang demam maka tubuh akan menghasilkan lendir yang berfungsi mengahalu kuman.Penghidap demam ini boleh membantu dengan meminum air yang banyak sekurang-kurangnya tiga atau empat liter sehari.

 

Read the rest of this entry »