Anda Penghidap Migrain ?

Jika anda sering berasa pening kepala dan berdenyut- denyut di bahagian sebelah kepala sahaja secara berulang anda mungkin menghidap penyakit migrain.Malah bukan itu sahaja kadang kala penghidap migrain terutama bagi kes yang teruk ia juga akan mengalami muntah,cirit birit dan akan sensitif kepada bunyi dan cahaya kerana akan menyebabkan kepala sakit.
Sebab-sebab terjadinya migrain

-Perubahan bahan kimia dalam badan yang dipnggil serotonim.Apabila serotonim menurun saluran darah akan mengembang dan menyebabkan pembengkakan dan keadaan inilah akan menyebabkan sakit kepala.

-Faktor keturunan

 

-Pemakanan iaitu makanan yang mengandungi keju,coklat kekacang,alkohol,nitrate juga boleh mengakibatkan migrain

-Diet yang akan menurunkan kandungan gula dalam darah juga mungkin menyebabkan migrain kerana gula yang rendah dalam darah menyebabkan saluran darah mengembang.

-Tidak makan atau lambat makan mengikut jadual dan waktu juga penyebab migrain

-Orang yang kerap mengambil minuman berkafein seperti kopi,teh dan minuman bergas

-Hormon oestrogen wanita yang turun naik

-Sewaktu mengandung

-Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum,semasa dan selepas kedatangan haid

-Pil perancang boleh mengakibatkan migrain kerana ada pil perancang yang mengandungi oestrogen

-Menopaus

-Terlebih atau terkurang tidur berlaku akibat pertukaran dalam masa tidur dan jaga

-Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh mendatangkan migrain seperti herba yang mengadungi ginkgo biloba.

-Perubahan cuaca yang tidak menentu seperti panas,dan hujan juga jerebu

-Perempuan lebih kerap mengalami migrain berbanding lelaki

Jenis-Jenis migrain

1) Classic Migrain
  -10 minit atau 30 minit sebelum berlaku migrain akan memberikan tanda awal seperti terlihat cahaya terang,garisan zig zag,penglihatan berganda,buta sementara,kebas,kepala berpusing,pening,sukar bercakap dan keliru dan selepas lima atau 15 minit tanda ini akan hilang dan migrain akan menyerang.
2) Common Migrain
   -Migrain menyerang tanpa amaran dan boleh berlaku pada bila-bila sahaja dan ini lebih biasa terjadi
  
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: