KETIDAKMAPUAN UNTUK MENGAWAL DIRI DARI KENCING

Seseorang yang normal mampu untuk menahan diri dari kencing sementara mencari tandas dan mengawal jika berada di tempat-tempat yang tidak sepatutnya contohnya seperti di dalam kereta atau di dalam sesuatu majlis.Manakala jika seseorang itu mengalami masalah  ketidakmampuan menahan diri dari kencing bermakna anda tidak dapat  menahan rasa hendak kencing dan akibatnya anda akan kencing di seluar sebelum sempat anda mencari tandas dan apabila masalah ini berlaku maka anda telah mengalami satu masalah besar dalam kehidupan seharian.

Wanita dan lelaki berisiko untuk mendapatkan ketidakmampuan menahan diri dari kencing ini terutama apabila disebabkan oleh  kecederaan neurology,kecacatan sewaktu lahir,strok,multiple sclerosis dan masalah fizikal yang disebabkan oleh penuaan.Selain itu bagi wanita masalah ini kerap juga berlaku apabila mereka mengandung dan melahirkan anak serta jika wanita itu menopause.
Wanita yang berumur lebih banyak mengalami masalah ini berbanding wanita yang lebih muda tetapi keadaan ini tidak dapat dielakkan dengan perbezaan umur.Untuk pengetahuan anda masalah pengawalan terhadap pundi kencing ini boleh di rawat dan anda tidak perlu malu untuk mendapatkan rawatan.Keadaan ini selalu berlaku kepada wanita kerana masalah berkaitan dengan otot yang membantu untuk menahan atau melepaskan air kencing.Tubuh badan kita menyimpan air kencing dan apabila mahu kencing,bahan buangan ini dibuang melalui buah pinggang di dalam pundi kencing.

 

Read the rest of this entry »